SEPTEMBER 2023

Premier Terima Kunjungan Hormat Dari Kolej Universiti i-CATS


KUCHING, 1 Sep : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg terima kunjungan hormat dari Kolej Universiti i-CATS di pejabatnya pagi ini. 

Kunjungan tersebut yang diketuai oleh Naib Canselor, YBhg. Prof. Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce membincangkan beberapa perkara mengenai keterjaminan makanan (food security) dan juga beberapa perkara mengenai Penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilaksanakan oleh Kolej Universiti i-CATS.

Hadir sama, Prof. Dr. Kopli Bin Bujang, Puan Rosmawati Priman dan Prof. Dr. Hushairi Bin Zen. -Sarawakku

Sumber dari : Sarawakku